Kisah Kami

abt3

JuzTalent adalah sebuah produk inovasi yang lahir di ‘Zaman Kekacauan’. Kami percaya bahawa landskap perniagaan yang sentiasa berubah memerlukan satu perubahan major di dalam pengendalian oleh  bahagian Sumber Manusia (SM) dalam memproses dan menguruskan kakitangan.

Mendengar permasalahan daripada pelanggan dan perkongsian daripada pakar perunding kami yang telah berkecimpung di dalam bidang ini selama lebih 8 tahun, kami membangunkan Perkhidmatan Pengurusan SM (HRMS) meggunakan teknologi yang canggih untuk mengautomasikan proses-proses penggajian dan SM, menjadikannya lebih efisien berbanding biasa.

Berbekalkan pengetahuan yang luas di dalam sistem SM dan Penggajian, dan dengan meletakkan pelanggan kami sebagai keutamaan, sistem yang dibangunkan ini mampu memenuhi permintaan mana-mana sektor yang memerlukan sistem SM yang mudah, cepat dan selamat. Hari ini, JuzTalent merupakan sebuah platform SM dan Penggajian yang diiktiraf serta terkenal di rantau Asia Tenggara.

Dengan JuzTalent, anda akan mendapat: 

1) Penambahbaikan di dalam kelancaran proses asas SM 

2) Proses penggunaan secara layan diri oleh kakitangan sekaligus mengurangkan bilangan kakitangan yang tidak diperlukan

3) Perkhidmatan automatik yang menyediakan pengiraan penggajian bulanan dan cukai yang tepat dan seiring arahan kerajaan

JuzTalent Customer Scale

Bolehkah platform SM anda mengendalikan 500 kakitangan? 2500? 5000?

JuzTalent adalah pilihan People Operations Platform yang sempurna bagi syarikat bersaiz sederhana sehingga syarikat besar - bermula daripada 50 sehingga ribuan orang kakitangan - dan ianya sangat dicari di dalam sektor industri pembuatan dan perkhidmatan.

Dengan JuzTalent, anda akan dapat memfokus kepada strategi, budaya kerja dan lain-lain perkara penting yang perlu anda tangani.

Sedia untuk berubah dan menjadikan hidup kakitangan anda lebih mudah?

Dapatkan demo percuma hari ini dan bertukarlah kepada People Operations Platform yang lebih baik.

Ready to transform and make life easier for your employees?

Schedule a free demo today and switch to a better People Operations Platform.